BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Tuesday 28 February 2012

TAKLIMAT KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Tarikh : 28 Febuari 2012
Hari : Selasa
Masa : 1.15 petang
Tempat : Dewan Marwah

Satu taklimat khas berkaitan dengan Kejohanan Merentas Desa telah diadakan kepada semua guru SMKGC untuk mengagihkan tugas-tugas semasa kejohanan yang bakal berlangsung serta laluan pelajar ketika merentas desa. Kejohanan Merentas Desa akan diadakan pada 3 Mac 2012 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi. 

Aturcara Kejohanan :

7.30 pagi : Perhimpunan (Guru Bertugas Mingguan)
                      : Taklimat Kejohanan (Setiausaha Sukan)

7.50 pagi : Persiapan Peserta/Aktiviti Regangan (Pengurus Pasukan Rumah)
                      : Pegawai Kejohanan Mengambil Tempat

8.15 Pagi : Kejohanan Bermula
                      - Lelaki Kelas 1
                      - Lelaki Kelas 2
                      - Lelaki Kelas 3
                      - Perempuan Kelas 1
                      - Perempuan Kelas 2
                      - Perempuan Kelas 3

9.30 pagi : Aktiviti Jualan

11.45 pagi : Penyampaian Hadiah
                        : Cabutan bertuah




Wednesday 22 February 2012

BULAN BAHASA
TEMA : BAHASA CERMINAN BUDI
TARIKH : 19 FEBUARI – 31 MAC 2012

MATLAMAT : 
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Selain itu, program ini juga memberikan manfaat untuk meningkatkan peratus kualiti dan kuantiti pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

OBJEKTIF :
1)                  Meningkatkan dan mengekalkan minat pelajar terhadap subjek bahasa
2)                  Mencungkil bakat pelajar dalam bidang berkaitan bahasa
3)                  Melatih pelajar dalam kemahiran berbahasa dalam bentuk permainan
4)                  Membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan

MAJLIS PELANCARAN SEMPENA BULAN BAHASA

         Bulan Bahasa pada tahun ini bertemakan "Bahasa Cerminan Budi" telah dilancarkan pada 19 Febuari 2012 oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohamad Yazid dengan memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Bulan Bahasa. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Dewan Marwah dalam majlis perhimpunan rasmi sesi pagi. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan sepanjang bulan ini dijalankan. Manakala bagi sesi petang pula, Encik Khairul Azhar bin Mohd Kari telah mengumumkan kepada pelajar di dalam perhimpunan rasmi aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sempena Bulan Bahasa. Beliau mengakhiri pelancaran tersebut dengan memberikan cenderahati kepada Penolong Kanan Petang, Puan Hajah Noranini binti Nordin dan juga teka-teki dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Sebagai tanda pelancaran bulan bahasa, cenderahati telah diberikan kepada semua guru.




ATURCARA PROGRAM :


Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Pelancaran Bulan Bahasa 2012
19.2.2012 (Ahad)
2
Menghias Papan Kenyataan
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
3
Kuiz Terkumpul
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
4
Stesen sumber
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
5
Pertandingan buku skrap/Fail Tegak
22.2.2012 (Rabu)
6
Pertandingan kaligrafi
23.2.2012 (Khamis)
7
Belajar bahasa mandarin
27.2.2012 (Isnin)
8
Pertandingan menulis esei
1.3.2012 (Khamis)
9
Pertandingan kuiz isu semasa
8.3.2012 (Khamis)
10
Bahas ala parlimen
8.3.2012 (Khamis)
11
Kem bahasa
24.3.2012 (Sabtu)
12
Kuiz tatabahasa Pra-U
29.3.2012 (Khamis)
13
Cross-word Puzzle
4 – 29 Ma c 2012
14
Spelling Bee
24.3.2012 (Sabtu) 
 

PENUTUPAN BULAN BAHASA
 
Tarikh : 8 April 2012
Tempat : Dewan Marwah










Sunday 19 February 2012

PROGRAM PENGAWAS SEKOLAH SMKGC
KONVOI BERBASIKAL KE TITI HAYUN

Tarikh : 18 Febuari 2012
Masa : 8.00 pagi

Satu program jati diri pengawas telah diadakan pada 18 Febuari 2012 (Sabtu). Program jati diri ini diadakan untuk untuk memantapkan stamina pengawas serta jati diri mereka supaya lebih efisyen ketika menjalankan tugas. Oleh itu, semua pengawas sekolah SMKGC diiringi oleh guru-guru pengawas telah mengadakan konvoi beramai-ramai bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak ke Titi Hayun, Yan dan kembali semula ke SMKGC. Jarak kayuhan mereka ialah kira-kira 20 kilometer.
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (1)
KURSUS PEMANTAPAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Tarikh : 18 Febuari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Marwah

Pada hari Sabtu bertarikh 18 Febuari 2012, satu kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah dijalankan bagi semua guru SMKGC. Slot yang pertama telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentabdiran SMKGC, Encik Mohamad Yaziz, mengenai NKRA, SKPM, Perlaksanaan Dasar KPM, Etika kerja XPlus, Kempen 8S, Transformasi pendidikan, Fokus Kurikulum 2012 serta ciri-ciri guru. Manakala slot yang kedua pula telah disampaikan oleh Tuan Haji Zamri bin Abdul Majid. Beliau menyampaikan tajuk KT : Mereflek dan menentukan fokus kajian. Banyak maklumat yang berguna diperolehi melalui kursus tersebut bagi memantapkan P&P guru-guru.




Wednesday 15 February 2012


PROGRAM AKUJANJI DAN PERMAUFAKATAN IBUBAPA KRK & PROGRAM SKOR 8A

Tarikh : 15 Febuari 2012
Hari : Rabu
Masa : 7.45 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Marwah

Program ini diadakan khusus bagi pelajar tingkatan 3K, dan pelajar yang terpilih dari tingkatan 3A1 dan 3A2 yang bakal menduduki peperiksaan PMR bagi tahun 2012. Semua pelajar yang terlibat dalam program ini akan diberi kad untuk dipakai bagi memperingati akujanji mereka untuk mencapai 8A di dalam PMR yang akan datang.




 

Monday 13 February 2012

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB 
 SAINS PMR KERTAS 2
Oleh : Cikgu Marwan

Tarikh : 10 Febuari 2012
Tempat : Dewan Marwah
Masa : 9.00 pagi

Bengkel ini diadakan khas untuk pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan Sains PMR pada tahun ini. Para pelajar diberi pendedahan awal mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan Sains kertas 2 supaya mereka lebih bersedia ketika menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 
PERINGKAT SEK. MEN. KEB. GUAR CHEMPEDAK

Tarikh : 10 Febuari 2012
Hari : Sabtu (Sesi pagi - 11.30  - 1.10 petang) (Sesi petang = 3.30 - 6.30 petang)
Tempat : Dewan Marwah

Pada hari sabtu bersamaan 11 Februari 2012 telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di Dewan Marwah, SMKGC. Sesi pagi menjemput Pengetua Sekolah Menengah Agama Fauzi,Yan sebagai penceramah. Manakala sesi petang menjemput Ustaz Zulkifli dari SMK Simpor.
Sempena majlis itu juga pelajar-pelajar tingkatan enam telah mempersembahkan nasyid sempena maulidur rasul. Manakala disebelah petang pula para pelajar dan guru-guru mengadakan perarakan sempena mengingati baginda Rasulullah SAW..




SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SESI PAGI






SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SESI PETANG