BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Wednesday 22 February 2012

BULAN BAHASA
TEMA : BAHASA CERMINAN BUDI
TARIKH : 19 FEBUARI – 31 MAC 2012

MATLAMAT : 
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Cina. Selain itu, program ini juga memberikan manfaat untuk meningkatkan peratus kualiti dan kuantiti pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

OBJEKTIF :
1)                  Meningkatkan dan mengekalkan minat pelajar terhadap subjek bahasa
2)                  Mencungkil bakat pelajar dalam bidang berkaitan bahasa
3)                  Melatih pelajar dalam kemahiran berbahasa dalam bentuk permainan
4)                  Membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan

MAJLIS PELANCARAN SEMPENA BULAN BAHASA

         Bulan Bahasa pada tahun ini bertemakan "Bahasa Cerminan Budi" telah dilancarkan pada 19 Febuari 2012 oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohamad Yazid dengan memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian Bulan Bahasa. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Dewan Marwah dalam majlis perhimpunan rasmi sesi pagi. Pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan sepanjang bulan ini dijalankan. Manakala bagi sesi petang pula, Encik Khairul Azhar bin Mohd Kari telah mengumumkan kepada pelajar di dalam perhimpunan rasmi aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung sempena Bulan Bahasa. Beliau mengakhiri pelancaran tersebut dengan memberikan cenderahati kepada Penolong Kanan Petang, Puan Hajah Noranini binti Nordin dan juga teka-teki dalam Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Sebagai tanda pelancaran bulan bahasa, cenderahati telah diberikan kepada semua guru.




ATURCARA PROGRAM :


Bil
Aktiviti
Tarikh
1
Pelancaran Bulan Bahasa 2012
19.2.2012 (Ahad)
2
Menghias Papan Kenyataan
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
3
Kuiz Terkumpul
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
4
Stesen sumber
Sepanjang Febuari dan Mac 2012
5
Pertandingan buku skrap/Fail Tegak
22.2.2012 (Rabu)
6
Pertandingan kaligrafi
23.2.2012 (Khamis)
7
Belajar bahasa mandarin
27.2.2012 (Isnin)
8
Pertandingan menulis esei
1.3.2012 (Khamis)
9
Pertandingan kuiz isu semasa
8.3.2012 (Khamis)
10
Bahas ala parlimen
8.3.2012 (Khamis)
11
Kem bahasa
24.3.2012 (Sabtu)
12
Kuiz tatabahasa Pra-U
29.3.2012 (Khamis)
13
Cross-word Puzzle
4 – 29 Ma c 2012
14
Spelling Bee
24.3.2012 (Sabtu) 
 

PENUTUPAN BULAN BAHASA
 
Tarikh : 8 April 2012
Tempat : Dewan Marwah










No comments:

Post a Comment