BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Wednesday 16 November 2011

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA SMKGC...
Sekolah akan mula bercuti pada 18 November 2011 dan akan dibuka semula untuk sesi persekolahan pada 3 Januari 2012.


CATATAN PENTING :
1) Pendaftaran Tingkatan 1 : 1 hingga 22 Disember 2011
2) Mesyuarat Guru Kali Pertama : 27 Disember 2011 (Selasa)
3) Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama : 28 Disember 2011 (Rabu)
4) Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama : 29 Disember 2011 (Khamis)
5) Mesyuarat HEM Kali Pertama : 29 Disember 2011 (Khamis)
6) Orientasi Tingkatan 1 dan 2 : 1 Januari 2012 (Ahad)
7) Pendaftaran semula tingkatan 3, 4, 5 dan 6 : 2 Januari 2012 (Isnin)
8) Persekolahan 2012 : 3 Januari 2012 (Selasa)

JAMUAN PERPISAHAN CIKGU JANNATUN DAN CIKGU RAUDZAH YANG BERPINDAH KE SEKOLAH BARU TAHUN 2012..

         Selamat jalan diucapkan kepada Cikgu Nurjannatun dan Cikgu Raudzah yang masing-masing akan memulakan tugas disekolah baru di negeri Perlis dan JOhor pada sesi persekolahan tahun hadapan. Terima kasih atas curahan bakti sepanjang berkhidmat di SMKGC. Selamat maju jaya diucapkan dan selamat menjalankan tugas di sekolah baru.


AKTIVITI PELAJAR SESI PETANG 2011
Tentatif Program :
Hari Ahad :                                             
12.30 - 1.15 : Bacaan Al-Quran dan Zikir
1.15 - 2.00  : Solat Zohor
2.00 - 3.30 : Rekacipta Menara
3.30 - 4.00 : Rehat
4.00 - 4.45 : Solat Asar
4.45 - 6.20 : Senamrobik






Hari Isnin :
12.30 - 1.15 : Bacaan Al-Quran dan Zikir
1.15 - 2.00  : Solat Zohor
2.00 - 3.30 : Warna Poster
3.30 - 4.00 : Rehat
4.00 - 4.45 : Solat Asar
4.45 - 6.20 : Senamrobik

Hari Selasa :
12.30 - 1.15 : Bacaan Al-Quran dan Zikir
1.15 - 2.00  : Solat Zohor
2.00 - 3.30 : Telematch
3.30 - 4.00 : Rehat
4.00 - 4.45 : Solat Asar
4.45 - 6.20 : Senamrobik





Hari Rabu :
12.30 - 1.15 : Bacaan Al-Quran dan Zikir
1.15 - 2.00  : Solat Zohor
2.00 - 3.30 : Pertandingan Membuat Sandwich
3.30 - 4.00 : Rehat
4.00 - 4.45 : Solat Asar
4.45 - 6.20 : Senamrobik







Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang mendapat markah tertinggi (markah terkumpul) sepanjang  minggu pertandingan dijalankan.

Hari Khamis :
Semua pelajar sesi petang dikehendaki datang pada sesi pagi - budaya tutup sekolah
 
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
DAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)


Mulai hari 14 November - 14 Disember dan 21 November - 15 Disember, para pelajar tingkatan 5 dan 6 menduduki peperiksaan SPM dan STPM 2011. Seluruh warga SMKGC mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan didoakan semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang. Menjelang peperiksaan dan sepanjang minggu peperiksaan berlangsung guru - guru mata pelajaran akan berada di sekolah untuk membantu para pelajar jika diperlukan.

Tuesday 15 November 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
DAN 
JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SMKGC 2011

Tarikh : 8 November 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Kantin Sekolah

Pada 8 November 2011 Sek. Men. Keb. Guar Chempedak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha, Majlis Ibadah Korban dan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Majlis tersebut diadakan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak.
       Majlis tersebut bermula pada jam 8 pagi, dimana para pelajar dikumpulkan di Dewan Marwah untuk mendengar ceramah dan berselawat.  Manakala guru-guru pula berkumpul di kantin untuk bergotong -  royong menyediakan juadah untuk majlis jamuan tersebut. Guru – guru lelaki dikehendaki memotong daging korban untuk diagihkan serta untuk dimasak sebagai juadah jamuan. Manakala guru-guru perempuan pula menyediakan bahan-bahan untuk masakan.
          Pada jam 11 pagi semua pelajar Islam dan guru- guru Islam berkumpul di kantin kerana diadakan majlis tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Abd Rahman b Mat. Setelah selesai majlis tahlil tersebut, majlis jamuan makan diadakan kepada semua pelajar. Majlis jamuan untuk guru-guru pula diadakan setelah para pelajar selesai makan.
           Sebelum majlis tamat, Tuan Pengetua SMK Guar Chempedak telah diminta memberi sedikit ucapan sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun serta menyampaikan beberapa cenderamata kepada guru-guru yang telah melangsungkan perkahwinan serta guru yang baru menimang cahaya mata.  Majlis bersurai pada jam 2 petang setelah gotong royong pembersihan selesai.