BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Tuesday 15 November 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
DAN 
JAMUAN AKHIR TAHUN GURU SMKGC 2011

Tarikh : 8 November 2011

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Kantin Sekolah

Pada 8 November 2011 Sek. Men. Keb. Guar Chempedak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha, Majlis Ibadah Korban dan Majlis Jamuan Akhir Tahun. Majlis tersebut diadakan di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak.
       Majlis tersebut bermula pada jam 8 pagi, dimana para pelajar dikumpulkan di Dewan Marwah untuk mendengar ceramah dan berselawat.  Manakala guru-guru pula berkumpul di kantin untuk bergotong -  royong menyediakan juadah untuk majlis jamuan tersebut. Guru – guru lelaki dikehendaki memotong daging korban untuk diagihkan serta untuk dimasak sebagai juadah jamuan. Manakala guru-guru perempuan pula menyediakan bahan-bahan untuk masakan.
          Pada jam 11 pagi semua pelajar Islam dan guru- guru Islam berkumpul di kantin kerana diadakan majlis tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Abd Rahman b Mat. Setelah selesai majlis tahlil tersebut, majlis jamuan makan diadakan kepada semua pelajar. Majlis jamuan untuk guru-guru pula diadakan setelah para pelajar selesai makan.
           Sebelum majlis tamat, Tuan Pengetua SMK Guar Chempedak telah diminta memberi sedikit ucapan sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun serta menyampaikan beberapa cenderamata kepada guru-guru yang telah melangsungkan perkahwinan serta guru yang baru menimang cahaya mata.  Majlis bersurai pada jam 2 petang setelah gotong royong pembersihan selesai.    












No comments:

Post a Comment