PAKSI SMKGC adalah merupakan satu program berteraskan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21) untuk transformasikan sistem pendidikan konvensional kepada sistem PAK-21 supaya kaedah PdPc guru dan pelajar lebih mudah dan berkesan. PAKSI adalah daripada singkatan perkataan Pendidikan Abad Ke-21 Sistem Instruksional Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak.
OBJEKTIF:
· Membantu guru dan meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam proses PdPc di dalam kelas.
· Melonjak tahap penguasaaan pelajar terhadap subjek melalui komunikasi aktif dua hala yang lebih berkesan.
· Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar.
· Mewujudkan kaedah Pembelajaran Teradun (Blended Learning) yang menggabungkan penggunaan teknologi dalam PdPc konvesional guru di sekolah.
No comments:
Post a Comment