BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Tuesday 1 October 2013

PELEPASAN BELAJAR SENDIRI SEMPENA PMR 2013

 Kepada semua waris tingkatan satu dan dua SMK Guar Chempedak,

Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan PMR akan dijalankan pada 2, 3, 7, 8, dan 9 Oktober 2013.
Sehubungan itu, beberapa kelas telahdigunakan untuk peperiksaan tersebut.
Maka beberapa kelas terpaksa diberi pelepasan belajar sendiri di rumah seperti tarikh berikut:

  • Tingkatan Satu -  7, 8 dan 9 Oktober 2013
  • Tingkatan Dua - 2 dan 3 Oktober 2013
Kerjasama daripada pihak tuan/puan diharapkan supaya mereka bersedia dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi Penilaian Akhir tahun 2013 seperti jadual dibawah.

  • AHAD (27 Oktober 2013)
    • Bahasa Melayu Kertas 2
    • Pendidikan Islam / Bahasa Cina
  • ISNIN (28 Oktober 2013)
    • Bahasa Inggeris Kertas 2
    • Pendidikan Moral
    • Sains
  • SELASA (29 Oktober 2013)
    • Geografi
    • Pend. Jasmani & Kesihatan
    • Matematik
  • RABU (30 Oktober 2013)
    • Bahasa Melayu Kertas 1
    • Pend. Sivik & Kewarganegaraan
    • Kemahiran Hidup Bersepadu
  • KHAMIS (31 Oktober 2013)
    • Sejarah
    • Bahasa Inggeris Kertas 1
    • Pend Seni Visual

No comments:

Post a Comment