BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Tuesday 30 July 2013

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN SMKGC 1434H / 2013

Program Ziarah Ramadhan telah diadakan pada 23 Julai 2013 bagi guru sesi pagi dan 30 Julai 2013 bagi guru sesi petang.  Program ini disertai oleh semua guru SMKGC tanpa mengira bangsa dan agama.
Fokus ziarah ramadhan ini adalah untuk mengagihkan sumbangan kepada pelajar-pelajar yang miskin atau susah. Di samping itu, ia dapat mengeratkan ukhwah antara guru dan waris pelajar dan dalam masa yang sama, guru juga dapat menyelami kesusahan hidup sebilangan anak didik mereka.
Diharap program ziarah ini dapat meringankan sedikit beban dengan sumbangan sedikit barang keperluan seperti beras, gula, minyak dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment