BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Sunday 4 March 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA
SMKGC

Tarikh : 3 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 - 1.30 petang

   Pada hari Sabtu, 3 Mac 2012 Kejohanan Merentas Desa SMKGC telah pun berlangsung. Semua pelajar SMKGC mula berkumpul di tapak perhimpunan untuk diberi taklimat khas mengenai peraturan keselamatan dan juga laluan pelajar. Setelah taklimat diberikan, pelajar berpecah mengikut rumah sukan masing-masing untuk mengambil nombor dan juga melakukan regangan.
           Acara merentas desa dimulakan dengan melepaskan pelajar dari Kelas 1L, Kelas 2L, Kelas 3L, Kelas 1P, Kelas 2P dan Kelas 3P. Mata bagi setiap rumah sukan diambil berdasarkan 100 orang pelajar yang tiba bagi setiap kelas. Serentak dengan Kejohanan Merentas Desa juga, diadakan juga aktiviti jualan di tapak parkir kereta. Aktiviti jualan ini disertai oleh unit beruniform, kelab serta persatuan.
       Bagi acara kemuncak Kejohanan Merentas Desa, semua pelajar dan guru-guru dikehendaki berkumpul di Dewan Marwah bagi acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah bagi pemenang. Bagi Kejohanan Merentas Desa tahun ini, Johan diungguli oleh Rumah Syahbandar, tempat ke-2 oleh Rumah Panglima, tempat ke-3 oleh Rumah Laksamana, Tempat ke-4, Rumah Temenggung dan tempat ke-5, Rumah Bendahara.




1 comment:

  1. Tahniah kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama dan telah menjayakan Kejohanan ini dengan baik

    ReplyDelete