BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Friday 30 September 2011

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat PMR 2011
 Tarikh : 29 September 2011
Tempat : Dewan Marwah
Masa : 12.30 tengahari
Guru-guru dan waris pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR hadir untuk majlis bacaan yasin dan solat hajat. Semoga semua pelajar mendapat keberkatan dan dapat menduduki peperiksaan PMR dengan sempurna..Amin...
 

Majlis Persaraan Puan Hajah Hayati binti Abdullah

Hari Khamis, 29 September 2011 merupakan hari terakhir bagi Puan Hayati berkhidmat di SMKGC. Beliau telah berkhidmat di SMKGC selama 18 tahun. Majlis persaraan Puan Hayati diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Dewan Marwah. Puan Hayati memberi ucapan dan amanat beliau yang terakhir kepada anak-anak didiknya supaya menjadi insan yang lebih yang berguna dan cemerlang di masa akan datang.

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Hayati selama beliau berkhidmat di SMKGC. Segala curah bakti yang beliau berikan tidak akan dilupakan oleh semua warga SMKGC. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Hayati dan semoga SMKGC akan sentiasa subur berada diingatannya.


Tuesday 27 September 2011

PERJUMPAAN BERSAMA WARIS PELAJAR TINGKATAN 5 SMKGC 2011

Tarikh : 26 September 2011
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Marwah
Masa : 10.00 Pagi

Majlis ini berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 1.10 petang. Waris pelajar tingkatan 5 hadir bagi menandatangani buku rekod kemajuan anak-anak mereka. Terima kasih atas kehadiran tuan/puan ke majlis ini, semoga ia akan memberi dan membakar semangat anak-anak untuk lebih berjaya dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Terima kasih juga kepada guru-guru tingkatan lima yang berjaya melaksanakan majlis ini. 







 

Sunday 11 September 2011

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Jamuan Perpisahan sempena persaraan Cikgu Adnan dan Cikgu Hayati..
Tempat : Dewan Marwah
Tarikh : 11 September 2011
Masa : 12.30 -1.30 petang
"Selamat Jalan diucapkan kepada Cikgu Adnan yang telah bersara pada 8 September 2011"..Semoga kenangan bersama beliau dapat diabadikan oleh seluruh warga SMKGC..

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN

MAJLIS INI DILANGSUNGKAN PADA 11.9.2011.TEPAT PUKUL 12.30 TENGAHARI SEHINGGA 1.30 PETANG.

Thursday 8 September 2011

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ADNAN B. OSMAN

Cikgu Adnan bersalam-salaman bersama pelajar sesi pagi yang mengucapkan selamat jalan kepada Cikgu Adnan...
Majlis bersalam-salaman dan perpisahan sempena persaraan Cikgu Adnan dan diiringi kumpulan gamelan sekolah

Monday 5 September 2011

Kepada semua warga SMKGC diucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI"...Maaf Zahir dan Batin