BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Saturday 29 October 2011

"HAPPY DEEPAVALI" kepada semua guru-guru dan pelajar SMKGC yang meraikan Pesta Diwali pada 26 Oktober 2011...semoga meraikannya dalam suasana yang meriah dan gembira..

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada mereka.

Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan perpaduan.

Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.

Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.
Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.

No comments:

Post a Comment