BLOG RASMI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR CHEMPEDAK

Friday 30 September 2011

Majlis Persaraan Puan Hajah Hayati binti Abdullah

Hari Khamis, 29 September 2011 merupakan hari terakhir bagi Puan Hayati berkhidmat di SMKGC. Beliau telah berkhidmat di SMKGC selama 18 tahun. Majlis persaraan Puan Hayati diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Dewan Marwah. Puan Hayati memberi ucapan dan amanat beliau yang terakhir kepada anak-anak didiknya supaya menjadi insan yang lebih yang berguna dan cemerlang di masa akan datang.

Terima Kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Hayati selama beliau berkhidmat di SMKGC. Segala curah bakti yang beliau berikan tidak akan dilupakan oleh semua warga SMKGC. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada Puan Hayati dan semoga SMKGC akan sentiasa subur berada diingatannya.


No comments:

Post a Comment